Tuesday, December 28, 2010

Rindunyer.... ;)

28-12-2010... =)
alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan pada hari ini..perancangan yg di buat pada saat2 akhir mendapat respon dari sahabat-sahabat ex-maahad mahmud padang terap...

Menemui mereka, setelah berpisah...rindunya kenangan di wktu persekolahan...rindunya wajah-wajah mualim dan mualimah...semua itu hanya tinggal kenangan...
tetapi, bila rancangan jejak kasih berlaku, wah, x sangka...budak yang ku lihat pendek dulu dah tnggi, yg budak-budak dulu dah matched, tapi ada jgk yg still budak-budak....~sengal...hehehehe...

bila ku renung...ku fikir kembali...mendengar cerita perkembangan kawan-kawan yang telah 'menghilang diri', hehehe...(bawak diri la)...ada yang menyedihkan dan aku kelu tanpa berkata-kata...di fb kami dipertemukan semula..masyaAllah....inikah dia...??? =(.....ya Allah, ampunilah dosa-dosa dia...semoga hidayah-Mu sampai kepadanya.....x mampu untuk ku berkata apa-apa..hanya doa untuk sahabatku, masih ada peluang jika Allah izin...

di jalan tarbiyah ini, Allah mengaturkan segalanya...Allah meletakkan ujian...Allah menganugerahi kita kejayaan...dan syurga itu adalah janji-Nya... memandang pada keadaan ku sekarang, alhamdulillah...nikmat ujian, iman dapat ku merasai lagi...layakkah hati ini untuk mengeluh...?? tidak....inilah tanda kasih syg-Mu ya Rabb....



ya Allah, bersahabat kami di atas jalan-Mu, berukhuwwah kami krn syurga-Mu, ujian yg diberi oleh-Mu adalah kekuatan untuk kami...



Rahimah, fasehah, hadilah, thaqifatul, atiqah...rindu sangat2 masa kita bersama...:) semoga Allah beri kesempatan utk kita bertemu, kalo tidak sempat di dunia, insyaAllah, di syurga... Amiiinnnn... =)

Monday, December 27, 2010

~muslimah...kamu begitu cantik!! ^_^..~

Assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah..bersyukur kepada Allah..dgn nikmat Islam dan Iman yang ada ini..

tpi...x semudah ini untuk menjaga kenikmatan yang Allah beri..khuatiri hati ini akan alpa, lena di dlm nikmat dunia ini..apa pun, syukur kerana Allah masih lagi menjaga ku, masih lagi memberi peluang untuk mendidik hati ini agar terus merasai kemanisan iman sebenarnya..



"Wanita adalah hiasan dunia.." begitu cantik akan ayat ini...tetapi kekadang aku berfikir, kenapa bukan wanita? kenapa x jadikan bintang? x jadikan bulan? x jadikan matahari? laut? tumbuh-tumbuhan? bunga-bungaan? subhanallah...itu semua lagi cantik..tetapi kenapa pilih manusia, wanita sebagai hiasan dunia?
Ya!! wanitalah sebaik-baik hiasan dunia...

Merenung kembali keistimewaan yang Allah beri..sungguh mulia wanita itu dijaga, dihargai..sebab apa? sebab wanita itu cantik..sebab wanita itu unik..disulami dengan akhlak yang solehah...menarik hati kaum Adam..
tetapi...kasihanilah kepada kaum adam..kenapa kita hendak menyiksa hati mereka...kenapa perlunya menunjuk perhiasan yang ada pada diri kamu..?? malulah sikit...buka mata, buka hati kamu tu...tanya iman kamu...

hmmm...melihat kembali sahabat2 yang ada facebook, ada blog...sungguh sedih...memang seronok kan kalo orang lihat diri kita nie, pandang diri kita nie, "yela....kalo x nanti xde orang minat pulak..."
"nanti orang x kenal la sapa kita kalo x letak gambar.." hmmmm..apa2 ja la...pas 2 bila upload gambar, nanti mesti ada orang komen... "wahhh...comeynyer awak..., eeiiikkk...geramnyer tgok pipi awak...awak cantik la.."
huhh...jangan tertipu la dengan kata2 tu...sebenarnya kita di ketawa, di kutuk... pas 2, bila dah kena perkara yang x diingini, baru nak sesal..maaf kepada kaum adam, saya berniat nak buruk2 kan kalian..cuma nak berhati2, dan berkongsi sebagai pengajaran...

wahai kaum hawa...jagalah maruahmu, jagalah diri kamu, jaga iman, jaga hati, jaga akhlak...cantiknya kamu jika kamu menjaga seluruhnya...dan 1 pesanan dari ku kepada kamu, untuk diri ku juga...
kita dijadikan dengan begitu menarik...jaga diri kamu untuk bakal suami kamu nanti..untuk kebahagian kamu nanti..syurga nan indah menanti salafussolehah...untuk diri kamu jugak..tahukah kamu, bakal-bakal penghuni neraka lebih berat kepada kaum hawa...? nauzubillahiminzalik... 

jika ditambah 1 hari untuk hidup, masih lagi kita berpeluang untuk terus melakukan perubahan..
andai kata kita mati tetapi diri kita berada di jalan Islam, berdoalah semoga amalan2 kita diterima oleh-Nya..
tetapi andai kita mati dalam keadaan kita melakukan dosa, dosa yang dilakukan belum tentu taubat yang diterima atau tidak, di manakah tempatnya kita nanti....?

maafkan ku wahai hawa...coretan ku sebagai perkongsian...sebagai muhasabah pada diri ku...~

wallahua'alam...

































Sunday, December 26, 2010

~maaf pengubat hati..~



semua manusia x lari dari melakukan kekhilafan...tetapi...x semua manusia x dapat memaafkan diri sendiri atau pun orang lain..masing-masing ikut perasaan yang terbit dari hati lantaran hati telah di sokong oleh syaitan...

Mari tanya hati kita kembali..mari tanya iman kita...tatkala hati ini disakiti, dimarahi lantaran kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, apakah yang sepatutnya hati ini dilakukan...?? tetapi...jika orang lain memandang negatif pada diri ini, memikir yang bukan-bukan pada diri ini, pada hal itu semua x betul...kenapa dia terlalu berburuk sangka pada ku...????

Ya Allah......maafkan hamba-Mu ini ya Rabb...aku seorang perempuan..jiwa dan hatiku terlalu lembut..aku x segagah kaum adam...x setabah kaum adam...tetapi jika diri ini ditindas oleh mereka, aku tidak tahu ape yang sepatutnya aku lakukan...hati ini selalu menangis...kekasalan melanda diriku..istighfar sebagai penawar akan kemarahan ini...senyuman sebagai sahabat karib kepada istighfar..

Tetapi....senyuman itu hanyalah terselit kelukaan...hati ini sungguh sakit...aku x nak di dalam hati ini timbul sedikit pun perasaan benci kepada hamba-hamba-Mu... ya Allah..aku tahu..segala apa yang berlaku ini bukan kehendak ku tetapi adalah kehendak Mu di mana Engkau mahu aku merasai kemanisan iman itu sebenar-benarnya...

Di mana kelemahan-kelemahan yang ada, bukan sesuatu untuk dihina..tetapi jadikan ia sebagai ujian dan cabaran untuk berubah...aku x minta untuk difahami..aku jgk x minta untuk dikasihani...

Ya Allah...marah, benci, itu bukan penyelesaiannya...ampuni lah dosa-dosa ku...ampuni lah dosa-dosa saudara sesama Islam ku..Kau bukanlah hati mereka..mereka keliru, adakah Islam itu diwarisi...adakah iman dan hidayah itu hadir di dalam hati tanpa meminta, merayu, merintih pada-Mu....

segalanya ku serahkan pada-Mu ya Rabb...aku yakin kepada-Mu...hati ini dipegang oleh-Mu..bawalah hati ini menuju ke syurga-Mu..jangan alpakan diri ku dengan nikmat-Mu...

Saturday, December 25, 2010

Bercinta...?? Bercouple...??

ehem2...tiba2 saya rasa nk menulis tentang tajuk nie..
sekarang, ramai orang keliru, x tahu atau mungkin sudah tahu tapi buat2 x tahu..
nak kahwin, kena kenal2 dulu, nk tahu hati budi masing-masing..

REMAJA...waktu remaja, bercinta, bercouple memang seronok..maklum lah, orang cakap nk kenal hati, perangai pasangan masing-masing..sebagai 'preparation' sebelum kahwin..takut nanti bila dah kahwin, bila dah tahu perangai sebenar pasangan tu, nyesal lak...
"ala..keluar sekali pun bkn buat ape pn...jalan2, cuci mata, release tension..bkn selalu pun, weekend.."
"ala...kami x couple la, kwn tpi mesra.."
"kami keluar bkn berdua, tgok nie, kwn2 yg lain pn ikut jgk...tgok wayang, mkn2, shoping..."

apa2 je lah...memang x buat apa pn..tpi kita kena ingat, syaitan musuh kita yang x pernah tewas!!
bila nampak peluang tu ada, dia dh ada sasaran dan matlamat..jangan menangis bila dh kena..
fikir la balik, xde faedah pun semua tu..seronok2 sementara je..dunia nie, kita kekal ke?? andai kata x de 'mati', tentu kita semua x ingat mati kan.. sebab tu ada kata2, "INGAT MATI, sebagai persedian kita untuk ke syurga..."

SYURGA...semua orang nk msuk syurga ttpi ramai manusia yang sekarang ni hampir kepada neraka.. nauzubillahiminzalik....

"habes tu, dah couple pn salah, nk bercinta pn salah, cner nk kenal..??"
MUJAHADAH..mujahadah dengan perasaan itu..mmg CINTA FITRAH MANUSIA..CINTA ITU SUCI...yang mengotorinya kita sendiri..pasangan hidup kita, Allah tentukan..orang yang dah bertunang pun, belum tentu akan berkahwin dengan tunangnya itu..orang yang dah kahwin, ada yang bercerai..
kenapa..??? mungkin Allah nk tnjuk kepada kita, Dia lah memiliki segalanya..HATI ini, Allah yang pegang...

dalam memilih pasangan hidup, serahkan segalanya kepada Allah..berdoa, merayulah pada Dia..ISTIKHARAH juga penting..supaya kita yakin pada Allah..kuatkan hati kamu dengan cinta kerana Allah..segala apa yang berlaku, redha serta pasrah kepada-Nya..





PERKAHWINAN itu suci..jangan cemari perkahwinan itu dengan dosa2, maksiat2...lalui alam pernikahan dengan cara yang suci, cara yang Allah redha...pernikahan itu adalah ibadah..
alangkah indahnya perkahwinan itu, alangkah bahagianya jika kita menjaganya kerana Allah.. inilah barakah...

andai diri kita pernah terlanjur, terkhilaf, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri..Allah Maha Pengampun..carilah Allah..binalah hubungan dengan Allah..Dia merindui tangisanmu, rintihanmu...

"YA ALLAH..KAU BERIKANLAH INSAN YANG MENCINTAIKU KERANA CINTANYA KERANA-MU..."

ya Qalbi..

wahai hati ku...maafkan ku jika aku tidak menjaga mu dengan sebaik mungkin...
ya Allah...anugerah Mu sekeping hati kepada ku, adalah pemberian yang paling mahal. tak siapa dapat memberi, mengambil hati ini. Ape yang kita buat setiap hari, HATI kita perlu di tanya, "wahai hati, adakah ini betul? adakah itu betul?" ya Allah, tetapkanlah hati-hati ini, di bawah kasih sayang Mu..peliharalah hati ini...

Allah Maha Pengampun..taubat nasuha, proses penyucian hati.. segala masalah, segala ujian, pujuklah hati mu itu.. "wahai hati, sabarlah dengan apa yg kamu hadapi ini..ujian yang Allah beri, kifarah atas dosa-dosa yang telah dilakukan.."

"hati sakit...?" jom rawat hati..zikr, baca al-Quran..mari kita lihat ciptaan Allah..subhanallah..cantik betul.. cuba tengok kembali ciptaan Allah, sape lagi hebat..??

"hati sedih, hati marah, hati benci.." Sedih? kenapa perlu kita sedih? marah? kepada siapa kita marah?
benci? kepada siapa kita nk benci dan kenapa??

ape pn yang kita rasa, hadapi dengan sabar dan jujur pada hati kita..senyum jugak merupakan salah satu menyejukkan hati.. (dalam senyum) "manusia oh manusia. ya Allah, sayangnya Engkau pada hamba-Mu ini.. sesungguhnya, ujian yang Kau berikan kepada nabi-nabi Mu lagi berat dari ujian yang aku terima ini..jika aku tewas, berputus asa, hinanya diriku ini.."


semoga hati kita dipilih oleh Allah untuk mendapat syafaat serta hidayah dari-Nya...